• Sun-Block jangka perolehan RM60 juta - 20/01/05 (Utusan Malaysia - Page 24)
 

 
Sun-Block jangka perolehan RM60 juta
(20 January 2005- Utusan Malaysia)

Sun-Block Sdn Bhd (Sun-Block) pengeluar produk Euro jubin pejalan kaki dan permukaan konkrit jalan (ICP) menjangka mencatat peningkatan perolehan sehingga RM60 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 December 2005.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan keyakinan syarikat terhadap kemampuannya mengeluarkan dua kali kali ganda Euro jubin and ICP pada tahun ini berbanding 3.1 juta unit ICP and 400,000 kepingan Euro jubin pada tahun lalu.

Syarikat itu telahpun mengambil alih dua buah kilang milik Rofing Tile Sdn Bhd yang mengeluarkan ICP dengan nilai RM22 juta pada 1 Mei tahun lalu.

Selain itu, katanya, Sun-Block masih mempunyai kontrak bernilai RM13 juta di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di Pelabuhan barat dan Pelabuhan Selatan yang dijangka menyambung kepada perolehan itu.

Tahun lepas, kumpulan itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM36 juta, Pengurus besar Operasi, Lau Sam Toh.

`Kontrak daripada sektor swasta mempunyi nilai yang besar kepada syarikat pada tahun ini selain daripada kerajaan, katanya pada sidang akhbar selepas sesi lawatan di kilang tersebut di sini hari ini.

Sun-Block yang juga anak syarikat Kumpulan Sunway ditubuhkan sejak 24 tahun lalu terlibat dalam pengeluaran dan penjualan ICP dan Euro jubin yang digunakan untuk industri berat, permukaan jalan raya, laluan pejalan kaki, landskap dan bangunan.

Product itu kebanyakan digunakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan termasuk Putrajaya di kawasan landskap dan tempat-tempat kemudahan awam termasuk laluan pejalan kaki.

Syarikat itu menguasi 80 peratus daripada pasaran pengeluaran produk-produk tersebut berikutan persaingannya tidak begitu ketara di peringkat domestik.

Lau Sam Toh berkata, syarikat itu juga meluaskan pengedaran product tersebut di Singapura, Australia, Hong Kong dan Maldives.

Katanya, pengeksportan ke luar negara menyumbang sebanyak 15 peratus kepada pendapatan syarikat pada tahun lalu dan meramalkan perolehan itu meningkat 30 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

 


 
 
 

Terms & Conditions | Privacy Statement
COPYRIGHT© The Sunway Group All Rights Reserved